Skip to content
Narrow screen resolution Wide screen resolution Auto adjust screen size Increase font size Decrease font size Default font size

Welcome To SMK Banting "Numero Uno"
Renungan Bersama
Friday, 05 February 2010
HASAD DENGKI

 

Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang.

Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: �gTakutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

(Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:

Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah.

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud:

Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan.

Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.

Kedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)

 

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.

Last Updated ( Friday, 05 February 2010 )
 
Kejohanan Merentas Desa Datang Lagi!!
Sunday, 31 January 2010

Keputusan akhir dan muktamad kejohanan yang berlalu pada hari Jumaat - 29 Januari 2010 lalu

 

JOHAN

Rumah Satria

 

NAIB JOHAN

Rumah Perdana

 

TEMPAT KETIGA

Rumah Wira

 

TEMPAT KEEMPAT

Rumah Putra

 

Last Updated ( Friday, 05 February 2010 )
 
Majlis Persaraan Puan Hwa Geok Yah
Wednesday, 21 October 2009

Pada 8 Oktober 2009 merupakan tarikh lahir Pn Hwa Geok Yah seorang guru yang berdedikasi di SMK Banting. Namun tarikh keramat itu jugai merupakan tarikh persaraan bagi Pn Hwa sebagai guru. Beliau antara guru perintis di SMK Banting dan telah berkhidmat selama 10 tahun di sekolah ini. Sepanjang kerjaya ini, beliau telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang sebanyak dua kali.

 

Beliau juga merupakan guru berbangsa Cina tunggal di sekolah ini. Pemergian beliau juga bermakna tiada lagi guru berbangsa Cina di sekolah ini. Sumbangannya terhadap sekolah ini tidak ternilai dan amat dihargai oleh kami di SMK Banting.

 

Pada hari Khamis bersamaan 15 Oktober 2009, satu majlis persaraan bagi meraikan Pn Hwa telah diadakan. Majlis diserikan dengan beberapa persembahan pelajar. Majlis ini terpaksa ditunda beberapa hari ekoran daripada tarikh 8 Oktober 2009 (tarikh lahir Pn Hwa) telah jatuh pada tarikh yang sama dengan PMR 2009.

 

 

Image Pesaraan Pn Hwa

Last Updated ( Sunday, 31 January 2010 )
 
SMK Banting Sepintas Lalu
Wednesday, 22 July 2009

 

Logo SMK Banting

 

SMK BANTING SEPINTAS LALU

Sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada 1 Januari 1999. Bilangan tenaga pengajar pada mulanya hanya 19 orang guru sahaja dan 255 orang pelajar.

 

Pada tahun 2009, bilangan guru telah meningkat kepada lebih kurang 76 orang. Kini SMK Banting mempunyai lebih dari 1000 orang pelajar.

 

Hari ini SMK Banting telah pun mampu berdiri sama tinggi dengan sekolah lain. Banyak kejayaan yang telah dicipta para pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Buktinya apabila SMK Banting muncul sebagai salah satu sekolah terbaik PMR daerah Kuala Langat pada tahun 2008 yang telah mencatat kelulusan sebanyak 98%. Malahan, bukan kejayaan dalam bidang akademik sahaja dikecapi SMK Banting, sekolah ini juga telah melakar sejarah dengan mencipta nama di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan juga di peringkat kebangsaan.

 

SMK Banting 

 

“SMK Banting, Terbilang 2010”

~Numero Uno~

Last Updated ( Thursday, 13 August 2009 )
 

Waktu Dunia

Daftar Ahli

Sedang Online